Miracle Mask  

Wednesday, March 4, 2009


MIRACLE MASK sangat berkesan untuk:-
1.Menegangkan dan mencerahkan kulit
2.Mengecutkan jerawat dan menghilangkan parut dgn syarat kena
rajin pakai setiap hari.
3.Melicinkan dan melembutkan kulit
4.menghilangkan gatal-gatal resdung
5.Boleh digunakan untuk lulur badan dan scrub muka supaya kulit menjadi lembut,cerah dan licin

CARA GUNA
-Untuk pakai sebagai mask,ambil satu sudu teh MIRACLE MASK dan bancuh pekat dengan sedikit air sejuk,susu segar atau air mawar.Sapu rata ke seluruh muka dan biarkan sehingga kering kemudian bilas dgn air biasa sambil gosok perlahan-lahan spt menggunakan scrub.Elok digunakan 1 atau 2 kali dalam seminggu sebagai mask.Jika ingin guna setiap hari ketika tidur...bancuh cair dan pakai spt bedak sejuk.

-Jika kulit berjerawat dan berparut elok dipakai tebal setiap hari di waktu lapang atau ketika tidur malam di kawasan yg berjerawat dan parut sahaja.Cuci pada keesokan hari.

-Guna sebagai scrub muka dan lulur badan seminggu sekali atau 2 kali untuk melicinkan kulit.

Antara bahan-bahan yg terkandung dalam MIRACLE MASK adalah 100% bahan semulajadi spt gamat asli,kulit kayu manis,dan herba-herba terpilih.

HARGA RM15

soal jawab mengenai miracle mask yg sering ditanya :

1.Apakah kelebihan produk Miracle mask?
-Produk ini dihasilkan dari gabungan herba-herba semulajadi dan ulam-ulaman yg 100% bebas dari bahan kimia dan bahan pengawet di mana ianya mampu merawat masalah resdung dan kulit jika digunakan secara berterusan.


2.Adakah produk ini sesuai untuk semua jenis kulit,umur dan jantina?
-Ya,semua jenis kulit,peringkat umur dan jantina sesuai menggunakannya kerana ia bebas dari bahan kimia dan bahan pengawet.

3.Berapa lamakah penggunaan produk ini akan menampakkan perubahan pada kulit seseorang?
-Penggunaan kali pertama juga sudah boleh merasakan perubahannya dan perubahan yg ketara bergantung kepada penggunaan yang berterusan.


4.Jika saya berhenti menggunakan produk ini, adakah kulit saya akan kembali bermasalah?
-Tidak,tetapi jika kulit muka kita tidak dijaga dgn betul,sudah tentu akan mengalami masalah kerana kulit muka terlalu sensitif dan sentiasa terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih.Oleh itu penggunaan secara berterusan dapat memastikan kulit mendapat rawatan yang sepatutnya.

5.Apakah tindak balas selepas menggunakan produk ini?
-Jika kulit anda mempunyai masalah resdung yang serius,kemungkinan kulit anda akan terasa pedih atau gatal selepas/semasa membuat rawatan tetapi tidak akan berlaku pada semua jenis kulit.Itu adalah tindak balas yang baik kerana ia adalah proses merawat resdung dan ianya hanyalah tindak balas sementara.Teruskan penggunaan kerana ia akan memberi kesan positif pada kulit anda.


6.Seberapa kerapkah saya boleh menggunakan produk ini?
-Bergantung kepada masalah kulit yang dialami.Jika kulit yg bermasalah seperti jerawat,parut dan resdung,perlu membuat rawatan selalu dan yang penting memakai Miracle Mask setiap hari pada bahagian kulit yang bermasalah.

7.Adakah kulit saya akan kering jika memakai Miracle Mask setiap hari?
-Kulit tidak akan menjadi kering kerana herba pilihan yang terkandung dalam Miracle Mask mempunyai pelembab semulajadi.Jika kulit anda jenis kering dan mengelupas,anda tidak digalakkan untuk memakai Miracle Mask tebal di muka setiap hari kecuali pada bahagian kulit yg bermasalah seperti jerawat dan parut sahaja.Kulit yang kering tetapi tidak mempunyai apa-apa masalah kulit,boleh memakai nya nipis setiap hari seperti bedak sejuk.Untuk elakkan kulit menjadi kering, banyakkan minum air masak dan pakai pelembab yang sesuai seperti minyak kelapa dara,minyak zaitun atau pelembab lain yang tiada bahan kimia.


8. Jika kulit saya bermasalah seperti berminyak,berjerawat dan berparut,bagaimanakah cara pemakaian produk ini yang betul?
-Jika kulit anda jenis yang berminyak,berparut dan berjerawat,anda digalakkan membuat rawatan resdung sekurang-kurangnya 3 kali dalam sebulan,wap muka setiap minggu 2 kali dan memakai Miracle Mask setiap hari.Sebaiknya dipakai setiap malam sebelum tidur dan membersihkannya pada keesokan hari.


9.Berapa lamakah jerawat akan kecut dan parut jerawat akan pudar atau hilang selepas pemakaian Miracle Mask?
-Jerawat akan kecut jika anda cepat memakai Miracle Mask apabila jerawat naik dan memakainya dalam tempoh masa yang lama sebelum dicuci.Contohnya seperti jerawat baru naik waktu pulang dari kerja,waktu malam anda memakainya sehingga keesokan hari,kemungkinan jerawat akan kecut sedikit atau terus tidak kelihatan tetapi ianya bergantung pada jenis jerawat juga.Jika jerawat batu akan mengambil masa sedikit,mungkin dalam 3-4 hari atau seminggu.Jika kulit berparut akibat kesan jerawat,parut akan pudar atau hilang dengan cepat sekiranya anda kerap memakainya di kawasan yang berparut tersebut dengan syarat jerawat tersebut tidak diusik dengan kuku anda.

10.Oleh kerana produk ini boleh mencerahkan kulit,adakah ia akan menipiskan kulit jika dipakai secara berterusan?
-Penggunaan yang berterusan tidak akan menipiskan kulit sebaliknya menghaluskan dan melicinkan kulit.Kesan pencerahan kulit itu adalah secara semulajadi kerana bahan-bahan yang terkandung di dalam produk ini adalah 100% dari herba semulajadi dan tiada bahan kimia atau pengawet digunakan.

miracle mask amat sesuai utk wanita dan juga lelaki...



TESTIMONIAL PENGGUNA

~disini saya ingin berkongsi berkenaan miracle mask setelah saya guna seminggu.
alhamdulillah setakat ini perubahan pada kulit muka saya sekarang nie semakin berkurangan jerawat, parut jerawat dan berminyak semakin berkurangan, dan sekarang ini saya ade keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai kalau tidak sebelom ini saya terasa amat rendah diri, dan tak lupa juga untuk saya sampaikan jerawat mmg cepat betul kecut klu saya pakai malam esok pagi bangun dari tido aje jerawat cepat betul kecut ok kepada rakan2 sekalian jgn malu dan jgan segan untuk mencuba MIRACLE MASK alhamdulillah mmg berkesan sangat ....
ni bukan cakap kosong .. sbb saya telah pun menggunakan MIRACLE MASK
terima kasih MIRACLE muahhhhhhh

~siang smlm tetiba naik jerawat kat kiri dahi...area anak rambut....mlm td tepek miracle mask nipis2 pakai semalaman. pg ni tgk dah kecut jerawat tu...flet terus...

~Yeah dah pakai miracle mask ni. Effect pakai untuk sekali pun bagi saya amat bagus--biasanya mask lulur macam ni mengeringkan kulit, tapi ni kulit tak kering angsung, malah lembap saja. Lepas sekali pakai, kulit terasa lebih halus, mulus dan bersih. Highly recommended!

~masa mula2 dapat miracle mask tu mmg pakai tiap2 malam2...kawan2 pun duk terkejut sebab muka da macam antu Puntianak Harum Sundal Malam yg cantik tu.....(Perasan)..bila jerawat da beransur surut,sy pakai 3 kali seminggu..sbb rasa cam takleh tido la klu x pakai masker tu...1 lagi sbb sy suka pakai masker tu adalah sy akan bangun awal tiap2 pagi..walaupun hari cuti kerana muka rasa tegang..hahaha..bgun pagi pas bersihkan muka,nampak pores mengecil...BESH!!!!!!

~Semalam ade jerawat sebiji dah nampak nak tumbuh dekat pipi,terus cepat2 tempek masker atas jerawat tu...Alhamdulillah hari ni bangun jerawat tu dah kecut...huhu.memang miracle tul masker ni..patut la bg nama pun Miracle Mask

~Semalam mak pakai miracle mask ni. Overnight, bancuh ngan susu. Hari ni kulit muka mak lebih cerah, bersih dan lembut. Mak takkan memakai mask yg lain lagi.

~Miracle mmg best.pakai as face mask/scrub buat body scrub pun best..kulit rasa halus, lembut je lepas 1st time pakai.suka bau miracle wangi sgt

~Alhamdulillah, after gunakan product ni kulit jadi smooth.last sabtu pi johor mit tunang dan kawan dia, kawan tunang saye pon tegur.... dia kata muka saye nampak lebih cerah skrg mula2 pakai jerawat timbul..... tapi saye tak pedulik, saye tepekkan aje mask ni tiap malam sebelum tido. lepas tu jerawat tu kering and dah hilang pon...

~amboi kita pun nak share testimoni ni..miracle mask ni kalo pakai memang terharu ni nak bagi tau, aper nye pakai malam bangun pagi still melekat jer di muka..da tu pas cuci muka ermmm halus jer..ha ari tu masa balik kg d perak siap buat facial lagi guna miracle mask ni..tahu tak ipar duai ku kata aper??? best ler sebelum n selepas di srcubkan muka nyer..dengan miracle mask. nampak berbeza..

~"muka hubby aina mmg jenis berjerawat...dan biasalah berminyak sekali...parut jerawat pulak kat sana sini...kalau hubby tido lewat waktu malam...besok pagi gerenti jerawat akan keluar sebijik dua kalau tak pun dua tiga bijik tapi semenjak pakai miracle mask tiap2 hari jerawat tak nak keluar...kalau ada pun dia cepat kecut..parut jerawat kat muka hubby pun dah kurang...tapi mmg makan masa nak sembuh lah kan....biasalah kalau jerawat tahap kronik..sbb tu hubby aina makin bersemangat nak pakai miracle mask, nampak perubahan kat muka dia..aina pun selalu puji muka dia dah cerah sikit...seronok lah tengok muker hubby kite dah kurang jerawat...."

~
Last week aku pakai.. baru 3 hari pakai la kaedahnya. 1st night aku buat mask... campur air biasa je. 2nd night .. aku campur ngan susu tepung anak aku... aku tepek nipis ..tp rata. Bila kering jadi mcm peeling mask. Bila tarik tu.. ngan bulu2 roma sekali tanggal. 3rd night aku buat mcm bedak sejuk tu je.. campur air biasa. Tepek2 kat tempat2 yg masih degil. Alhamdulillah. Jerawat mcm ruam2 tu ... dah kurang banyak. Tinggal jerawat yg aku usik tu je.. sbb dah besar.. (tangan gatal sgt usik.. dia bengkak ..). Yg pasti muka dah tak berminyak sgt.. kalau tak kat ofis asyik tekap ngan blotter je kasi minyak kat muka kurang. Parut2 hitam kat muka pun ..amazingly dah tak segelap dulu. Kalau continously pakai .. insya-allah scar tu akan dinyahkan selamanya. Impress betul lah.

Jadi,anda tunggu apa lagi...????

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Miracle Mask

 

Design by Amanda @ Blogger Buster